Pentadbiran

Dengan ucapan  Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya yang memberi kesempatan kepada saya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan ini.

 Pada detik awal dipanggil oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor pada akhir tahun 2011 dan dimaklumkan mengenai cadangan untuk saya ditukarkan ke SK Kuala Kubu Bharu Dua, pelbagai perasaan berbaur di hati. Antaranya saya mempersoalkan adakah saya mampu untuk menerajui sebuah sekolah yang sememangnya telah ‘established’ di Daerah Hulu Selangor. Saya juga berasa telah diberi penghargaan kerana dalam usia perkhidmatan sebagai Guru Besar yang baru mencecah enam tahun , saya diberi peluang dan kepercayaan untuk mengepalai sebuah sekolah yang terkenal dengan pencapaian cemerlang dan telah pernah memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara. 

Tatkala mula menjejak kaki di sini saya dapat melihat masih banyak ruang yang boleh dan perlu saya dan warga sekolah ini lakukan demi memastikan kecemerlangan sekolah dapat dikekalkan dan seterusnya di pertingkatkan. Dengan adanya kerjasama erat, semangat sepasukan warga sekolah dan sokongan padu PIBG dan Pejabat Pelajaran Daerah, maka pada tahun 2005, sekolah ini telah dicalonkan untuk mewakili daerah dalam Pertandingan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Selangor Kategori Sekolah Luar Bandar. Pada tahun 2006 sekali lagi sekolah diberi penghargaan untuk mewakili daerah dalam pertandingan yang sama.

Penyediaan Profil Sekolah merupakan salah satu aspek yang perlu disediakan oleh pihak sekolah sebagai memenuhi keperluan Penilaian Anugerah Sekolah Harapan Negara. Adalah diharapkan Profil
Sekolah yang disediakan ini akan dapat membantu para penilai mengenali sekolah ini dengan lebih dekat dan mudah. Profil yang disediakan ini akan dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang pelbagai aspek sekolah dari sudut Penilaian Kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.  

Pada kesempatan ini suka saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu kepada kami untuk membuat persediaan bagi anugerah ini terutama kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor serta pegawai-pegawainya, Yang Dipertua PIBG SK Kuala Kubu Bharu Dua serta barisan AJK, Majlis Daerah Hulu Selangor, Pejabat Daerah Hulu Selangor, Rejimen 4 Semboyan Diraja, para dermawan serta lain-lain pihak yang tidak dapat disenaraikan di sini. Sekalung kasih juga dihulurkan kepada semua warga sekolah khususnya buat semua Guru Penolong Kanan, dan  murid-murid yang telah memberi sokongan samada dari segi moral mahupun material. Tanpa sokongan anda semua tidak mungkin kita akan mencapai ke tahap ini.

Semoga SK Kuala Kubu Bharu Dua ini akan terus berupaya mempertingkatkan pencapaiannya dalam semua aspek pendidikan sebagaimana yang dihasratkan dalan Visi dan Misi sekolah. Dipohonkan segala usaha kita ini akan mendapat keberkatan Ilahi, insyaallah.

Sekian, terima kasih.

‘BE THE BEST, BEAT THE REST’

‘SK KKB Dua Cemerlang dan Terbilang’

Dengan ucapan  Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya yang memberi kesempatan kepada saya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan ini.

 Pada detik awal dipanggil oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor pada akhir tahun 2002 dan dimaklumkan mengenai cadangan untuk saya ditukarkan ke SK Kuala Kubu Bharu Dua, pelbagai perasaan berbaur di hati. Antaranya saya mempersoalkan adakah saya mampu untuk menerajui sebuah sekolah yang sememangnya telah ‘established’ di Daerah Hulu Selangor. Saya juga berasa telah diberi penghargaan kerana dalam usia perkhidmatan sebagai Guru Besar yang baru mencecah enam tahun , saya diberi peluang dan kepercayaan untuk mengepalai sebuah sekolah yang terkenal dengan pencapaian cemerlang dan telah pernah memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara. Dengan nasihat, dorongan dan sokongan yang diberikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, saya akhirnya menerima pertukaran tersebut dan melapor diri di sekolah ini pada 14 November 2002.