JOM IKUT DIET RASULLAH SAW: ANTARA SEBAB-SEBAB KITA DAPAT PENYAKIT!


Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2 tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
``````````````````````````
Nampak memanglah pelik..
tapi, kalau tak percaya...
kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime
Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Cara Rasulullah Makan
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sama2lah kita mengamalkan..

GAMBAR : SLOWER IS BETTER





AWESOME FUTURE CONCEPT DIGITAL ROLL LAPTOP

Awesome Future Concept Digital Roll Laptop 01


Awesome Future Concept Digital Roll Laptop 02

Awesome Future Concept Digital Roll Laptop 03




Awesome Future Concept Digital Roll Laptop 04



Awesome Future Concept D Roll Laptop 05

Awesome Future Concept Digital Roll Laptop 06

BANK NEGARA MENGELUARKAN WANG KERTAS BARU RM6 MALAYSIA




Selepas pengeluaran wang syiling siri ketiga yang akan dilancarkan tak lama lagi, Bank Negara sekali lagi mengumumkan akan mengeluarkan wang kertas RM6 sempena Sambutan Aidilfitri pada tahun ni. Design wang kertas RM6 pada kali ni adalah hasil gabungan ciri2 keselamatan wang kertas RM5 dan design wang kertas RM1 sekarang ni.

Walaupun design wang kertas RM6 ni telah dikeluarkan, tetapi pelancaran wang ni dijangka pada 31 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal nanti. Wang kertas RM6 dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan dan sukar untuk dipalsukan kerana lapisan kalis air yang berada di tengah2 duit ini mempunyai lapisan unik untuk setiap wang tersebut. Lihat gambar dibawah untuk melihat design wang kertas RM6 ni.

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT DI ASIA TENGGARA, KE-19 DI DUNIA


Kajian Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini julung kali Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan antara enam negara bukan Eropah menduduki 20 tempat teratas di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga 38 pada 2008 sebelum memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-26 pada 2009 ke tempat ke-22 pada 2010 dan ke-19 pada 2011.
 

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

Petunjuk itu dipilih panel ahli akademik antarabangsa, ahli perniagaan, dermawan dan anggota institusi keamanan bagi tempoh 15 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011. Kajian menyatakan Malaysia mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010, kini tempat kedua serantau dan 24 keseluruhan.

Ia diikuti Vietnam di tempat ke-30 keseluruhan, Laos (32), Indonesia (68), Thailand (107), Myanmar (133) dan Filipina (136). Dalam kalangan negara maju, United Kingdom menduduki tangga ke-26, Korea Selatan (50), China (80) dan Amerika (82).

10 Negara Paling Tidak Selamat di Dunia


AKHIRNYA BUDAK 2 TAHUN DIGILIS KENDERAAN DI CHINA MENINGGAL DUNIA

Budak Malang Meninggal Dunia

Budak 2 tahun yue yue dilanggar kenderaan kini dah meninggal dunia. Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.

Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi. Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi. Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.

Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China. Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.

Adakah Ini Zaman Anak Anda ?

Adakah ini zaman anak anda ? zaman teknologi semua menggunakan skrin sentuh dan gadget pintar ? mungkin selepas ini tiada lagi perlu bilik khas untuk komputer ? hanya Ipad atau peranti dan pembelajaran di mana-mana sahaja ?








Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan majalah bercetak dan majalah online dalam ipad :)

Pelaksanaan LINUS beri impak positif





MEMASUKI tahun kedua pelaksanaannya, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran (KPM) bagi meningkatkan kadar kemahiran membaca dan mengira di kalangan murid tahap satu di sekolah rendah, menampakkan impak yang memberangsangkan.
Berdasarkan dua saringan yang dijalankan iaitu pada Mac dan Jun lalu, murid Tahun 2 melepasi sasaran 95 peratus yang ditetapkan dengan kadar literasi mencatatkan 95 peratus, manakala numerasi berada pada kadar 97 peratus.
Murid Tahun 1 juga menunjukkan prestasi membanggakan dengan mencapai 83 peratus untuk literasi dan 90 peratus untuk numerasi.
LINUS adalah program yang dirangka sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi menyediakan asas kukuh kemahiran literasi dan numerasi bagi kanak-kanak di negara ini untuk tempoh tiga tahun pertama pendidikan rendah.
Literasi adalah kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan berkenaan dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Numerasi pula adalah apa yang dikatakan sebagai kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Melalui program ini, setiap murid menjalani proses saringan tiga kali setahun bagi mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah membaca, menulis dan asas pengiraan yang kemudian diletakkan di dalam kelas pemulihan khas untuk meningkatkan prestasi mereka sementara yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti program Pendidikan Khas.

Untuk itu, kerajaan melatih 15,500 guru LINUS untuk mengajar di kelas pemulihan khas, manakala FasiLINUS (fasilitator yang memberikan sokongan profesional) ditugaskan di semua sekolah untuk memantau, membantu dan memberi sokongan kepada guru LINUS.
Objektif utama pengenalan program LINUS adalah untuk mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran berkenaan pada peringkat awal dan memulihkan mereka sebelum tertinggal lebih jauh berbanding rakan sebaya.
Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) LINUS berhasrat memastikan semua murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi apabila memasuki Tahun 3. Untuk tahun 2010 sasaran KPM adalah pencapaian sebanyak 90 peratus untuk murid Tahun 1 (kohort 1), 95 peratus pada tahun 2011 dan 100 peratus untuk murid-murid kohort 1 ini yang akan memasuki Tahun 3 pada 2012.
Bagi murid kohort 1 ini yang membabitkan kira-kira 450,000 di seluruh negara, mereka menghadapi saringan tiga kali dan pada September 2010, sebanyak 380,440 atau 85 peratus lulus saringan asas literasi manakala 407,094 murid atau 91 peratus lulus saringan asas numerasi.
Proses saringan membabitkan dua bahagian iaitu lisan yang dijalankan secara individu antara guru dan murid manakala ujian bertulis dijalankan secara serentak. Saringan literasi dan numerasi juga dijalankan secara berasingan membabitkan guru Bahasa Malaysia dan Matematik.
Pada tahun 2010, saringan dijalankan untuk semua murid kohort 1 dan tahun ini ia diadakan untuk murid Tahun 1 (kohort 2) dan Tahun 2 (kohort 1).

13,000 Guru J-QAF diperlukan



MELAKA 1 Okt. — Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira 13,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) bagi menampung kekurangan guru program itu di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini hanya terdapat 14,000 guru J-Qaf yang mengajar di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

Dr. Mohd. Puad Zarkashi
“Cadangan untuk dilaksanakan program J-Qaf di sekolah menengah belum dapat dilaksanakan hingga hari ini kerana masalah untuk mendapatkan guru J-Qaf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Keempat di Masjid Al-Azim di sini, hari ini.
Dr. Mohd Puad berkata, terdapat cadangan bagi memberi peluang kepada guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilatih menjadi guru J-Qaf.
Bagaimanapun, kementerian menggalakkan mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan terutama lepasan universiti tempatan dan negara Timur Tengah memohon jawatan guru J-Qaf.
Beliau berkata, program J-Qaf banyak mencapai kejayaan terutama peningkatan tahap penguasaan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain kepada pelajar yang mengikuti program itu.
Mengenai laporan akhbar hari ini yang mendakwa ganjaran kewangan kepada guru besar dan sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dipercayai menjadi punca beberapa calon kurang pandai dihalang sekolah daripada menduduki peperiksaan, Dr. Mohd. Puad berkata, ganjaran bukan puncanya.
“Pada saya, ini lebih kepada masalah kemungkinan ada satu, dua guru besar yang tidak faham dasar Kementerian Pelajaran sendiri.
”Mereka ambil jalan mudah terhadap pelajar yang mungkin mereka katakan ada masalah untuk menduduki peperiksaan tersebut, sebab itulah berlaku kes seperti ini.
“Kadangkala kita (guru dan guru besar) terlalu dirasuk kepada peperiksaan untuk mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran, iaitu 5A atau 10A, itu juga yang menjadi puncanya,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah perlu terus memperingatkan guru besar dan pengetua bahawa mereka tidak ada hak untuk menghalang seseorang pelajar daripada menduduki peperiksaan.
Baru-baru ini, beberapa calon UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Sira, Baling, Kedah dan SK Bandar Bintangor, dalam bahagian Sarikei, Sarawak dihalang menduduki peperiksaan tersebut kerana dianggap lemah dan boleh menurunkan prestasi peperiksaan sekolah. – BERNAMA


Bahaya Merokok

Many anti-smoking ads in the past are rather gruesome with rotten body parts that terrified people. Those messages are straight forward in showing the final consequences if continue to smoke. Now these ads have gone into a different approach where they are creative and inspiring to look at. In your opinion, which is a more effective method?
Every image is linked to their original source and you are recommended to check out other amazing works of the photographers/designers.